Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan
di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari
anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian
lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari
kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula
daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah darip
ada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...
Naikkan
pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini
kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya
iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jala
n
kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinyasudah
dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan
anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang
anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun
begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat
umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan ide
ntiti
dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai
sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala
ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu
hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati
dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda
gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke
jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah
dilipatgandakan!
Kita
beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan
Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan
keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh
dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea
bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
Akhir
sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan
sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap jempol”
atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalam
an.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata
“good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari
ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir
kalam dari Suri, cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari
jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda
sekarang??
No comments:
Post a Comment