SELEPAS KEMATIAN ALEXANDER,SEMUA PENGANUT MONOTEISME
DI YUNANI DIBUNUH
Apabila berita kematian alexander tersebar, muncul gerakan
anti-macedonia di Athens. Permusuhan
ke atas orang Macedonia juga terpalit pada Aristotle. Alasannya adalah
aristotle menghina dewa-dewa kepercayaan rakyat. Contoh penghinaan itu adalah
aristotle dituduh memuja-muja sahabatnya, hermeisas yang sudah meninggal dunia.
Tuduhan yang direka-reka itu dengan mudah mencapai matlamatnya.16
Semua ini menjadi bukti selepas
kematian Alexander the great, golongan yang beriman di yunani diburu dan
dibunuh oleh para penyembah berhala. Lama kelamaan, ajaran Alexander berkenaan
monoteisme tauhid juga hilang ditelan paganisme berhala yunani.
Sekitar 350 tahun selepas
kematian Alexander,iaitu antara tahun 20-30 masihi, nabi isa pula muncul
sebagai pembawa risalah monoteisme tauhid di palestine. Nabi isa mengajar ALLAH
itu satu. Tiada tuhan selain ALLAH. Akhirnya, ajaran ini juga diseleweng oleh
orang daripada keturunan yunani-rom. Ini menyebabkan para pengikut nabi isa
menganggap nabi isa adalah anak tuhan. Ini adalah penyelewengan yang berakar
umbi daripada kepercayaan paganisme kuno yunani.
Aristotle bertolak ke
kalkis yang terletak di pulau eubua. Di situ, beliau mempunyai sebuah rumah
yang terjaa dengan baik. Halaman
rumah dan tanahnya juga cukup luas yang dikerjakan oleh hamba-hambanya. Beliau
memasang niat hendak berehat menjelang usia tuanya sambil menulis seala buah
fikirannya. Tetapi belum sampai setahun verada di situ, beliau jatuh sakit. Beliau
menghidap penyakit perut yang membawa maut. Pada tahun 322SM,pada usia 63
tahun, aristotle menghembuskan nafasnya yang terakhir. Antara peninggalannya
adalah catatan kuliahnya. Jika umurnya lebih panjang, tentu semua itu dapat
dibukukan hingga menjadi karya yang berharga buat generasi seterusnya.17
No comments:
Post a Comment