Bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya, keanehannya.
Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:
1. GuaĆra Falls, sempadan Brazil-Paraguay
Kebanyakan
orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia.
Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air
terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan
dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.
Sumber
Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai
Parana. Pada tahun 1982, lokasi air tejun Guaira ini dibina empangan
untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro
elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam
menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil,
iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo.
2. Iceberg B-15, Antartika
Gunung
ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah.
Luasnya mencapai 3.100 km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica.
Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac
2000.
Maka
pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi beberapa
bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara,
akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005, meninggalkan bongkahan
sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan besar pada peta
Antartika dan patut dinilai semula petanya.
Sebahagian
hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin
taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga
13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan
pecahan menjadi semakin banyak.
Hampir
satu dasawarsa berlalu, bahagian-bahagian gunung ais itu masih belum
cair seluruhnya, bahagian yang terbesar masih dianggap sebagai B-15a,
dengan luasnya mencapai 1.700 Km.
Gambar di atas merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke dalam Drygalski Glasier (terbawah), akhir
nya pecah menjadi beberapa bahagian.
3. Don Juan Pond, Antartika
Tempat
manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan
menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan
garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut kandungan
garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan.
Tak
hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk terapi,
khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah
yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don Juan
Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di dunia.
Perbezaannya
jika dibandingkan dengan laut pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih
masin daripada air laut biasa, jika dibandingkan dengan Laut Mati, Don
Juan Pond 8 kali lebih masin.
Lokasi
ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun 1961, semasa
keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi
mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan nama keduanya.
Suhu
di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah, dengan
paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tidak pernah
sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.
4. Rotorua, New Zealand
Rotorua
adalah bandar di tepi laut selatan tasik dengan nama yang sama.
Lokasinya di Teluk Plenty, pulau utara New Zealand. Keunikan dari
kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya
Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur- lumpur mendidih. Kawasan itu
menjadi unik dan menarik sehingga banyak dikunjungi pelancung.
5. 83-42, Greenland
Aneh
dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah
yang ada di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m x
15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setompok
tanah yang dikelilingi pecahan pecahan ais.
Unik!
jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat
gambar! Keunikan ini sekaligus memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW
1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun tahun 1998.
6. Socotra, Republic of Yemen
Socotra
tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang
ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun
sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di
Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia.
Tempatnya
sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini
menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana tumbuh dengan
aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood Tree yang aneh,
bentuknya sangat tidak umum.
Pokok
ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada binatang
binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan binatang asli
lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum dan hanya ada di
pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini, tak hairajikan Socotra,
pulau yang berada di laut arab, termasuk dalam Warisan Peninggalan
Dunia.
7. The Great Dune of Pyla, Perancis
Yang
kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang
biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai bukit pasir unik
iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter.
Bukit
pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini
terkenal kerana menjadi tempat aktivitis paragliding. Selain keunikan
bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya di
mana dari ketinggian kita boleh melihat laut dan hutan. Bukit pasir ini
jauh lebih tinggi dari hutan, sehingga dari bukit pasir itu kita boleh
melihat semuanya.
8. Meteor Crater, USA
Meteor
Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya
sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun
utara Arizona Amerika Syarikat.
Tempat
itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah
meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman
Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.
Pada
masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang
dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni
manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah
seluas 50 meter.
9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana
Mount
Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk
unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.
Satu
satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat
jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain
yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.
Di
sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman
menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi
unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.
10. The Door To Hell, Turkmenistan
Tempat
ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya
atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di
Turkmenistan ini sangat unik.
Orang
menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar
api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971
di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.
Apa
yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah
memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang
berani turun ke dalam kawah beracun itu.
No comments:
Post a Comment