Tuesday 21 February 2012

KENAPA TUHAN TURUNKAN MASALAH PADA KU 2


Sebab ketiga kenapa masalah diturunkan pada Anda adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat.
Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup Anda di limpahi rahmat dan di sinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik Anda pada orang lain.
Andai kata hidup Anda sekarang ni bermasalah, kaji balik apa yang Anda dah buat sebelum ni. Mesti ada seseorang yang Anda dah sakiti hatinya.
Sebagai contoh, mungkin seseorang tu adalah ibu atau bapa Anda sendiri. Mungkin ada seseorang yang teraniaya oleh sikap Anda, sama ada Anda tersengaja atau tak tersengaja. Mungkin ada kawan yang sakit hati dengan sikap Anda tapi dia tak beritahu pada Anda, terutama kawan yang suka memendam rasa.
Ingatlah, segala perbuatan Anda, fikiran Anda dan tindakan Anda mendatangkan kesan tersendiri. Latih diri Anda berbuat banyak kebaikan supaya dari situ hidup Anda disinari dengan cahaya kegembiraan kesan dari kebaikan-kebaikan yang Anda lakukan.

No comments:

Post a Comment