Mustafa Kamal Ataturk
Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat,Mustafa Kamal Ataturk
dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi mengatakan
bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat
bagaimana Islam telah dihina dan dikeji.
Beliau
sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam
daripada segolongan sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa
Kamal Ataturk dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera
masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki
sudah diambil alih Erdogan yang pro Islam.
Kebenaran Said Nursi,setelah tujuh keturunan Turki hampir berubah
Mustafa
Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki .
Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan
presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli
iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya
merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar
Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.
Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki
menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Sultan Abdul Hamid 11,Khalifah Ottoman/Uthmaniyah terakhir
Perginya
Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi
Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan
Yahudi sedunia.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa
Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai
dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.
Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden,
demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau
memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan
yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik
sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah
dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Kesalahan Mustafa Kamal Ataturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8.
Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya
diseluruh bandar Turki.
9.
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18.
Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan
tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk
adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
oleh askar itu.
Kematian Mustafa Kamal Ataturk Yang Menyeksakan
Di
saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4.
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha
suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau
akan merasa sejuk.
Allah
itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar
selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada
9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan
selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.
Tidak
cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di
bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan
putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium
yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun
1953).
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk Laknatullah selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Selepas
15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar.
Bangunan yang menepatkan jasad Kamal Ataturk Laknatullah.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment