Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Masalah diturunkan sebagai balasan atas dosa-dosa Anda.
Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga
merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau
cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar.
Masalah
diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak
meminta ampun dan tidak meminta maaf daripada Allah. Syaitan sentiasa
menggoda Anda 24 jam tanpa henti. Maka wajarlah kiranya Anda bertaubat
tanpa henti sebab mana tahu Anda ada terbuat dosa tanpa Anda sedari.
Untuk bertaubat, sebaik-baik cara adalah mendirikan solat sunat Taubat.
Cara paling senang adalah dengan melafazkan istighfar sepenuh hati.
Sebagi orang Melayu beragama Islam, pandanglah masalah sebagai amaran daripada Allah atas perbuatan Anda.
Anggaplah masalah sebagai ‘warning’ Allah bahawa Anda sudah jauh
dariNYA, Anda sudah lupakan suruhanNYA dan Anda mula mendekati
laranganNYA.
Amalkan
istighfar selalu sebagai cara untuk memohon ampun kepada Allah selain
untuk mencuci hati dari sifat-sifat negatif seperti cemburu, hasad
dengki dan mudah marah. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad supaya
masalah (cabaran) yang Anda lalui sekarang ini diringankan bebanannya.
No comments:
Post a Comment