Friday 17 February 2012

peringkat awal kempen pembebasan alexander: yunani menentang parsi


PERINGKAT AWAL KEMPEN
PEMBEBASAN ALEXANDER:
YUNANI MENENTANG PARSI
Alexander the great adalah anak kepada pasangan Philips II,raja Macedonia dan olympias. Apabila raja Philips II meninggal dunia pada tahun 336SM, alexander yang baru berumur 20 tahun ditabalkan menjadi raja muda Macedonia.  Sejurus selepas menaiki takhta, alexander segera melawan menentang semua musuhnya. Ini kerana selepas ayahnya meninggal dunia, banyak wilayah cuba menuntut kemerdekaan dari Macedonia. Antara Bandar-bandar besar yang berbuat dmikian adalah Athens di semenanjung yunani dan thebes  di asia kecil (sekarang turki moden). Alexander adalah anak didik Aristotle. Jadi, ajaran Aristotle banyak memberikan manfaat kepadanya dan membolehkannya menakluki banyak Negara.
                Alexander bergerak ke selatan lalu menghancurkan tentera thebes dan kota mereka. Beliau kemudiannya bergerak ke timur, menuju asia kecil dan kerajaan parsi pada tahun 334SM. Beliau menyeberangi hellespont dengan 30’000 perajurit infranti dan 50’000 perajurit berkuda macedonia. Pasukan ini berjaya menakluki pasukan parsi yang jauh lebih besar jumlahnya di granicus, miletus dan halicarnassus. Alexander kemudiannya bergerak menyusuri pantai mediterranean, lalu menuju ke mesir.
                Alexander ditemui lelaki misteri di dios, macedonia di tepi lautan aegea.
                Di dalam bukunya yang berjudul antiquities of jews (book XI, chapter 8;6,7), flavius josephus (80M), sejarawan rom berdarah yahudi menceritakan,ketika alexander maih berada di dios,Macedonia, iaitu di tepi laut menghadap ke daratan anatolia (asia kecil), beliau ditemui seseorang lelaki yang kelihatan seperti pendeta yahudi . pada waktu itu, Alexander sedang merenung keinginannya hendak menakluki asia di seberang sana. Tibe-tibe lelaki itu memecahkan lamunan Alexander dan mendesaknya supaya segera menakluki asia. Alexander menceritakan:
Beliau (lelaki misteri yang berpakaian seperti pendeta yahudi) itu mendesakku supaya tidak bertangguh, dengan mengabaikan laut itu kerana beliau akan memimpin angkatan perangku, dan akan memberi aku kekuasaan ke atas parsi;… aku percaya aku membawa angkatan perang ini di bawah kuasa tuhan, dan bersama dengan itu akan menakluki darius, dan menghancurkan kekuatan parsi, dan semua hal itu akan berjaya menurut apa yang ada dalam keinginanku sendiri.1

No comments:

Post a Comment