Mari kita menyelongkar misteri di sebalik kemasinan air laut...
Semua
jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil
garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis
menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton
bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat
membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada.
Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki
dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air
laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat
lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan
batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan
mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam
secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber
lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai
Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan
Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang
tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut
adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.
Pada
permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama
melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses
pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai
dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut
bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa
bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru
juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari
Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
Ini
bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam
laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada
proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami
kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima
bilangan input dan output secara seimbang.
Para
saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama
dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang
terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang
tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi
oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi.
Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi
juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut,
tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung
dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan
yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan
kemasinan laut.
Ahli
jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air
laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan
diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut
peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan
oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses
sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila
berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut
Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi
kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan
Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira
37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah
lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan
kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali
sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung
itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air
terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses
penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.
Kemasinan
paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan
Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo.
Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo.
Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo
pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.
Kadang-kadang
air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan
dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai
Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada
Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.
Kawasan
perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya
jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata
tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan
diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian
analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian
dunia.
Hidupan
laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen
garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada
hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium
daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti
ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam
galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan
kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga
memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.
No comments:
Post a Comment