Dorian Gray
adalah seorang lelaki inggeris yang kaya. Dia tinggal di kota London
semasa zaman Victoria. Seperti lelaki-lelaki lain dia gemarkan seni dan
wanita-wanita cantik. Tapi nasibnya baik, Dorian bukan saha kaya tetapi
kacak, matanya berwarna biru cerah dan rambutnya pula perang keemasan.
Wajahnya yang tampan menyebabkan ramai wanita yang tergila-gilakannya.
Disebabkan
ketampanannya, seorang pelukis potret terkenal, Basil Hallward terlalu
ingin mengabadikan wajah jejaka tampan itu dalam lukisannya.
Bagaimanapun permintaan tersebut ditolak. Setelah puas dipujuk, barulah
Dorian bersetuju dengan permintaan Basil. Tapi sebaik saja melihat
potret wajahnya yang telah siap, dia cuba memusnahkannya.
Lukisan
itu terlalu indah sehinggakan Dorian tidak dapat menerima kenyataan.
Menurutnya, dia akan tua dan hodoh manakala potretnya akan terus muda
dan tampan. Basil berhasil melarangnya dan berjaya memujuknya agar
menggantungkan potret itu di dalam perpustakaan rumahnya.
Beberapa
hari kemudian, beberapa kejadian ganjil telah berlaku. Kelakuan Dorian
mula berubah. Dia memutuskan pertunangannya dengan seorang pelakon,
Sybil Vane. Lama kelamaan perangainya semakin buruk. Bekas tunangnya
yang terlalu kecewa membunuh diri dengan meminum racun.
Sehari
selepas kematian tunangnya, Dorian masuk ke perpustakaan. Dia ternampak
kedut-kedut halus muncul di sekeliling mulut pada potretnya. Tapi
wajahnya yang sebenar tetap tampan seperti biasa. Melihatkan kejadian
aneh itu, Dorian mengalihkan potretnya ke sebuah bilik di tingkat atas.
Di sana tiada orang yang akan melihat potretnya yang semakin hari
semakin hodoh dan menyeramkan
Tahun
demi tahun berlalu, kisah mengenai kelakuan buruknya semakin tersebar
di kota London. Tapi mereka amat terperanjat melihat wajah Dorian yang
masih tampan dan tidak sedikitpun berubah.
Satu
hari,pelukis potretnya , Basil telah berkunjung ke rumahnya untuk
melihat lukisan itu. Bagaimanapun Dorian enggan membenarkannya. Tanpa
pengetahuan Dorian, Basil berjaya mencuri lihat potret lukisannya. Tapi
dia begitu terperanjat apabila melihat di dalam potret itu ialah wajah
seorang lelaki tua.
Tiba-tiba
Dorian masuk ke bilik itu dan menyalahkan Basil kerana melukis potret
yang sangat indah daripada wajahnya yang sebenar. Akibat terlalu marah,
dia menikam Basil dan tidak semena-mena dalam lukisan potret itu,
tangannya berlumuran darah. Selepas kejadian itu Dorian masih meneruskan
kelakuan buruknya sehinggalah satu ketika dia jatuh cinta dengan
seorang gadis jelita yang baik hati. Dia bertekad untuk kembali ke
pangkal jalan.
Memikirkan
potret itu mungkin boleh membuka lembaran baru dalam hidupnya, Dorian
merenung potret wajahnya. Tapi apa yang dilihatnya adalah hanyalah wajah
bengis sementara darah di tangan lebih merah daripada biasa,
Melihatkan
keadaan itu Dorian menikam potret itu bertubi-tubi dengan pisau yang
digunakan untuk membunuh Basil. Dia yakin dengan menikam potretnya itu ,
dia boleh memusnahkan kisah silamnya dan memulakan lembaran baru dalam
hidupnya. Apa yang berlaku seterusnya tidak diketahui.
Selepas
beberapa hari Dorian tidak muncul, pembantu rumahnya mula
mencari,sebaik sahaja masuk ke biliknya, seorang lelaki tua dan hodoh
ditemui mati dengan pisau tertusuk di dadanya.
Lelaki berkenaan dikenalpasti sebagai Dorian berpandukan cincin yang dipakainya. Dan di atas mayatnya tergantung potret Dorian Gray – yang muda,kacak dan tersenyum riang.
No comments:
Post a Comment