Friday 17 February 2012

selepas kematian alexander,semua penganut monoteisme di yunani dibunuh


SELEPAS KEMATIAN ALEXANDER,SEMUA PENGANUT MONOTEISME DI YUNANI DIBUNUH

Apabila berita kematian alexander tersebar, muncul gerakan anti-macedonia di Athens. Permusuhan ke atas orang Macedonia juga terpalit pada Aristotle. Alasannya adalah aristotle menghina dewa-dewa kepercayaan rakyat. Contoh penghinaan itu adalah aristotle dituduh memuja-muja sahabatnya, hermeisas yang sudah meninggal dunia. Tuduhan yang direka-reka itu dengan mudah mencapai matlamatnya.16
                Semua ini menjadi bukti selepas kematian Alexander the great, golongan yang beriman di yunani diburu dan dibunuh oleh para penyembah berhala. Lama kelamaan, ajaran Alexander berkenaan monoteisme tauhid juga hilang ditelan paganisme berhala yunani.
                Sekitar 350 tahun selepas kematian Alexander,iaitu antara tahun 20-30 masihi, nabi isa pula muncul sebagai pembawa risalah monoteisme tauhid di palestine. Nabi isa mengajar ALLAH itu satu. Tiada tuhan selain ALLAH. Akhirnya, ajaran ini juga diseleweng oleh orang daripada keturunan yunani-rom. Ini menyebabkan para pengikut nabi isa menganggap nabi isa adalah anak tuhan. Ini adalah penyelewengan yang berakar umbi daripada kepercayaan paganisme kuno yunani.
                Aristotle bertolak ke kalkis yang terletak di pulau eubua. Di situ, beliau mempunyai sebuah rumah yang terjaa dengan baik. Halaman rumah dan tanahnya juga cukup luas yang dikerjakan oleh hamba-hambanya. Beliau memasang niat hendak berehat menjelang usia tuanya sambil menulis seala buah fikirannya. Tetapi belum sampai setahun verada di situ, beliau jatuh sakit. Beliau menghidap penyakit perut yang membawa maut. Pada tahun 322SM,pada usia 63 tahun, aristotle menghembuskan nafasnya yang terakhir. Antara peninggalannya adalah catatan kuliahnya. Jika umurnya lebih panjang, tentu semua itu dapat dibukukan hingga menjadi karya yang berharga buat generasi seterusnya.17

No comments:

Post a Comment