Friday 17 February 2012

nasib alexander sama seperti isa al-masih: dipertuhankan oleh barat


NASIB ALEXANDER SAMA SEPERTI ISA AL-MASIH:
DIPERTUHANKAN OLEH BARAT.

Nama Alexander dicemarkan oleh para penulis yunani dan barat moden.mereka mendakwa bahawa Alexander adalah penyembah berhala iaitu penyembah amon-ra.nasib Alexander hampir sama dengan nabi isa,iaitu ketika golongan jahil bersimpati pada nabi isa secara berlebihan.ini menyebabkan mereka menganggap isa sebagai anak tuhan,bahkan tuhan itu sendiri.malangnya, ini semakin menguatkan pendapat  orang yahudi abad pertama masihi yang menganggap isa sebagai pelaku bidaah, murtad dan tidak beriman.

                Kejahilan kaum penyembah nabi isa yang mendakwa isa adalah tuhan dan anak tuhan menyebabkan kaum yahudi juga melakukan kesalahan dalam menilai peribadi isa al-masih.akibatnya, kaum yahudi semakin membenci nabi isa. Kesalahan abad pertama ini berterusan sehingga sekarang.jadi, adakah hanya si jahil menganggap nabi isa sebagai tuhan dan anak tuhan,maka kita tidak mengakui isa sebagai nabi? Adakah kerana kejahilan sarjana barat kuno (yunani-rom) dan moden yang menganggap Alexander sebagai tuhan dan anak tuhan, anak Zeus,penyembah Zeus dan ammon, maka kita mempercayai bulat-bulat dakwaan itu?
               
Itu bukan akidah nabi isa.nabi isa yang dipanggil jesus oleh orang yunani mengatakan hukum yang utama adalah tidak ada tuhan selain ALLAH.

Jawab jesus:”hukum yang terutama adalah:
Dengarlah,hai orang Israel,tuhan ALLAH kita,tuhan itu esa.” (markus 12:29)

Ini sama dengan perinsip islam, iaitu la ilaha illallah (tiada yang berhak disembah malainkan ALLAH). Ini disokong dengan perkataan jesus sendiri iaitu sesiapa dalam kalangan bani Israel pada waktu itu yang ingin hidup kekal (selamat di dunia dan kekal masuk syurga), maka mereka perlu bersyahadah la illaha illallah dan jesus utusan ALLAH.bacalah jesus berkata:
“inilah hidup yang kekal itu,iaitu mereka mengenal engkau satu-satunya ALLAH yang benar,dan mengenal jesus kristus yang telah engkau utus.” (johanes17:3)
Ini menjelaskan dengan terang yang jesus hanya utusan ALLAH sepertimana nabi  musa dan nabi Muhammad.jesus tidak pernah mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan ataupun anak tuhan. Sementara itu, suara-suara yang mendakwa isa adalah anak ALLAH adalah suara syaitan yang ingin menyesatkan manusia.
Ketika matahari terbenam,semua orang membawa kepadanya orang sakit yang menderita bermacam-macam penyakit. Dia pun meletakkan tangannya ke atas mereka masing-masing dan menyembuhkan mereka.daripada ramai orang, keluar juga syaitan-syaitan sambil melaungkan:”engkau (jesus) adalah anak ALLAH.” Lalu, dia (jesus) dengan keras melarang mereka dan tidak membolehkan mereka berbicara.(lukas 4:40-41)
Ajaran “anak ALLAH” yang dilaungkan oleh syaitan itu menyesatkan berjuta-juta manusia. Akhirnya, nabi Muhammad datang dengan membawa al-quran.al-quran membersihkan nama jesus iaitu jesus bukan anak ALLAH dan bukan juga tuhan.
                Berdasarkan dua perspektif  ini, iaitu perspektif nabi isa dan perspektif syaitan,perspektif manakah yang diterima oleh masyarakat barat? Barat yang penuh dengan gemerlapnya dunia dan kemajuan teknologi ternyata tidak mampu memanfaatkan logik akal mereka. Lantas mereka cenderung memilih perspektif syaitan. Akibatnya,hingga ke saat ini,nama isa atau jesus dicemarkan oleh pihak barat. Jesus disembah sebagai tuhan.bagaimana pula dengan kita? Adakah kita perlu terikut-ikut kepercayaan mereka? Itulah yang terjadi pada diri orang mukmin sejati bernama Alexander.
                Para penulis barat kuno (yunani-rom) dan moden (amerika dan eropah) menodai citra Alexander. Nama Alexander dicemari. Beliau dianggap sebagai anak dewa Zeus  dan dewa ammon. Ini menyebabkan generasi-generasi berikutnya terikut-ikut, lalu menganggap Alexander sebagai anak dewa Zeus dan dewa ammon, dan sebagai penyembah berhala. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita perlu mengikut kepercayaan mereka tanpa mengkaji terlebih dahulu? Inilah yang terjadi pada dunia muslim,iaitu taklid buta yang menyebabkan Alexander dianggap sebagai kafif pagan.
                Oleh itu,pendapat para penulis yunani-rom yang berkaitan dengan agama tidak boleh diterima.kita perlu lebih mempercayai pendapat josephus, penganut agama yahudi yang hidup pada abad pertama masihi. Beliau tidak menganggap Alexander sebagai kafir. Bahkan di dalam tulisannya yang berjudul against apion, book I.22, josephus mengatakan kehidupan guru alexander iaitu aristotle dekat dengan tradisi judaisme. Beliau mengatakan sedemikian selepas membandingkan kehidupan aristotle dengan tradisi paganisme yunani.
                Dengan kajian ini, muncul suatu formula iaitu “terimalah teknologi yang datang daripada bangsa barat (eropah dan amerika), tetapi tolak apa-apa akidah agama yang datang daripada mereka.” Jadi, belajarlah berkenaan teknologi daripada pihak barat, tetapi jangan belajar agama daripada mereka. Ini kerana, mereka akan menyesatkan kita hingga kita terjerumus ke lembah musyrik.

No comments:

Post a Comment