1967-
Pada tahun 1967, setelah perangan antara tentera dan Negara –negara
Arab tamat. Israel mula berkuasa di kota Al-Quds dan Masjidil Aqsa
Mereka
membongkar wilayah Magharibah dan menghancurkan 138 gedung, termasuk
didalamnya sekolah dan Al-Jami Buraq serta Masjid Magharibah. Mereka
juga mula meggali terowong di bawah masjidil aqsa melalui bahagian
tersebut dengan alas an kononnya mencari kesan sejarah wujudnya rumah
ibadat mereka “the King Solomon Temple” di kawasan tersebut.
Pada
9 Agustus 1969, seorang rabi(pendita) yang berfahaman Zionis, Shlomo
Goren masuk ke Al-Haram Al-Quds memimpin Puak Pelampau Yahudi yang
berjumlah sekitar lima puluh orang untuk menunaikan “doa” di dalamnya.
Pada
21 Agustus 1969, Seorang Yahudi radikal berkewarganegaraan Australia
bernama Michael Dennis Rohan membakar Masjid Al Aqsa, yang mengakibatkan
kehancuran mimbar Salahuddin yang berusia lebih dari lapan ratus tahun
serta langit-langit atapnya juga ikut terbakar. Ketika kejadian berlaku
bekalan air dan talian telefon di putuskan di sekitar kota Al-Quds.
Perkampungan Yahudi yang berdekatan tidak membenarkan orang Islam
menggunakan bekalan air untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Pada 2 November 1969 Yigal Alon, Wakil Perdana Menteri Israel dan para pembantunya memasuki Al-Haram Al-Quds.
Pada
11 Juli 1971 kelompok gerakan Betar yang terdiri dari 12 orang pemuda
memasuki Masjid al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah didalamnya.
Pada 22 Juli 1971 sekelompok gerakan Betar melakukan doa di Al-Haram Al-Quds.
Pada
14 Januari 1989, beberapa anggota Knesset melakukan tindakan provokatif
dengan menggelar bacaan yang suka disebut “rahmat suci” di dalam
Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Israel.
Pada
18 Oktober 1990, Pelampau Yahudi meletakkan batu pertama untuk
pembinaan Haikal yang mereka dakwa berada di sekitar Al-Haram Al-Quds.
Sementara itu ribuan Rangkit Palestin bangkit menghalang usaha jahat
tersebut. Akibatnyatentera Israel masuk campur dan menyebabkan 21 orang
gugur syahid dan 150 orang tercedera.
Pada
28 September 2000, mantan perdana menteri Israel yang saat itu
pemimpin Parti Likud Ariel Sharon, menyerbu Masjid Al-Aqsha Masjid
dikawal oleh 3,000 orang pasukan bersenjata Israel. Beliau dengan
angkuhnya mengiklankan bahawa “ The King Solomon Temple mesti didirikan
diatas keruntuhan masjidil aqsa”Tindakan ini menyebabkan umat Islam di
Palestin bersatu mempertahankan kesucian masjidil aqsa dan menolak
segala usaha Israel untuk merealisasikan hasral mereka mendirikan haikal
tersebut.
Pada 23 Julai 2007, sekitar tiga ratus yahudi menyerbu Masjidil Al-Aqsha dan melakukan ritual ibadah di dalamnya.
Pada 16 September 2008, Pelampau Yahudi menyerbu masuk ke halaman Masjidil A l-Aqsa dari Gerbang Magharibah.
Pada
9 Oktober 2008 sekelompok besar pendatang haram Israel, para rabi dan
ahli politik Israel dibawah penjagaan ketat kepolisian pasukan
keselamatan melakukan upacara pengyahudian masjidil aqsa di perkarangan
masjid tersebut.
Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancung Yahudi memakai “pakaian seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pada
11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri dari tiga puluh pemimpin
kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu halaman Masjid
Al-Aqsha untuk mengadakan upacara keagamaan.
Pada
24 September 2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan
pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al Aqsa dan jalan-jalan di
sekitarnya.
Pada
27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat palestin dengan
pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif
dan di depan gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan
puluhan yang lain ditangkap.
Ketegangan
itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman masjid
dari gerbang Magharibah dan Melepaskan tembakan kearah orang islam yang
sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat
islam yang berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari masjidil
aqsa.
Pada
16 Mac 2010 Berlaku pergaduhan antarapemuda-pemuda palestin dan pasukan
keselamatan Israel disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan
pelampau yahudi melakukan pencemaran di masjidil aqsa dan seterusnya
perasmian sinagog haroob oleh pemerintah Zionis sebagai langkah awal
merobohkan Al-Aqsha. Upacara perasmian ini telah ditentang oleh
penduduk Palestina sehingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan
warga lainnya ditangkap termasuk 7 orang wanita.
No comments:
Post a Comment