Saturday 18 February 2012


ALEXANDER MENYEBERANGI SELAT HELLESPONTINE (334SM): YUNANI MENENTANG PARSI
Selepas peristiwa itu,alexander mengumpulkan semua angkatan perangnya bagi bermesyuarat. Mesyuarat itu berkenaan persiapan bagi melancarkan ekspedisi besar menentang empayar parsi. Pada mei 334SM, angkatan perang alexander bergerak ke asia dengan menyeberangi selat hellespontine (sekarang selat dardanella di turki moden). Sumber-sumber daripada diodorus (30SM) menyatakan, ketika melintasi selat hellespontine, angkatan perang alexander terdiri daripada 32000 orang askar infranti dan 4500 orang anggota pasukan berkuda. Jadi, jumlahnya adalah 36500 orang. Dalam kalangan 32000 orang anggota pasukan infranti, 12000 adalah orang Macedonia, 7000 adalah askar dari Negara-negara sekutu (odrysia, triballia, dan illyra) dan 5000 adalah tentera upahan. Pasukan ini berada di bawah kuasa pemerintahan parmenion (parmenio). Dalam kalangan 7000 orang askar dari Negara-negara sekutu, 1000 daripadanya adalah pemanah.
                Diodorus (30SM) menyatakan, daripada kalangan 4500 anggota pasukan berkuda:
1.1800 adalah orang macedonia. Mereka berada di bawah kuasa pemerintahan philotas anak parmenion.
2.1800 adalah orang thessaleia. Mereka berada di bawah kuasa pemerintahan callas anak harpalus.
3.600 adalah orang yunani.mereka verada di bawah kuasa pemerintahan erigyius.
4.900 orang thracia sebagai pemandu dan orang paenia dengan cassander sebagai komandernya.
Diodorus (30SM) juga menyatakan yang Alexander masih menempatkan 27000 orang anggotanya (12000 anggota infranti dan 15000 anggota pasukan berkuda) di eropah bagi mempertahankan macedonia. Alexander mewakilkan kepimpinan di macedonia kepada antipater.

No comments:

Post a Comment