Friday 17 February 2012

alexander mengatakan beliau bukan anak tuhan


ALEXANDER MENGATAKAN BELIAU BUKAN ANAK TUHAN

Di dalam karyanya, Plutarch menulis pada suatu ketika, semasa alexander berada di mesir, penduduk Athens meminta supaya kota dibina untuk mereka. Alexander menolak permintaan mereka. Beliau mengirim surat kepada penduduk Athens yang masih kafir itu. Surat itu mengandungi kisah ayah alexander, iaitu Philips II. Menurut surat itu, Philips enggan digelar tuhan atau dewa. Di dalam surat itu juga alexander menulis Philips adalah manusia biasa yang pernah dilukai panah. Bahkan Philips juga pernah berkata kepada rakan-rakannya yang dirinya boleh terluka. Ini membuktikan beliau juga manusia biasa, bukannya dewa yang disangka selama ini:
Walau bagaimanapun, ketika dia (Philips) terkena panah dan menderita luka berdarah,dia berkata: “inilah hai kawan-kawanku,adalah sudah nyata (aku juga) mengalirkan darah, (hal itu menunjukkan aku) bukan ichor (dewa ichor), sebagaimana dewa-dewa abadi terbiasa untuk bertahan.”12 – Plutarch (120M, no.28.30)
Di dalam tulisannya,Plutarch (120M) menceritakan berkenaan satu peristiwa. Suatu ketika, guruh berdentuman dengan dahsyat.kemudian,anaxarchus iaitu ahli sophist berkata kepada alexander, “bukankah kamu anak zeus. Bunyi petir itu saksinya.” Alexander segera menjawab,”tidak,aku bukan seperti yang kamu katakan. Aku tidak ingin menjadi sesuatu (dewa atau tuhan) yang ditakuti oleh kawan-kawanku,”
Plutarch mengatakan:
Suatu kali,di sana datang satu bunyi kuat daripada petir,dan semua ketakutan pada bunyi itu; lalu sesudah itu, anaxarchus seorang sophist yang kemudian mengatakan kepada alexander,”benarkah engkau, anak zeus, guruh membuktikan hal itu?” alexander tertawa dan berkata: “tidak,aku tidak ingin menyebabkan ketakutan di kalangan kawan-kawanku,……” (Plutarch 28.4).
Ini semua membuktikan betapa kuatnya pengaruh monoteisme yang diajar oleh Aristotle kepada alexander dan Philips. Inilah yang kemudiannya menimbulkan konflik alexander dan sahabat karibnya. Misalnya alexander membunuh rakan karibnya sendiri iaitu clitus dalam pesta di asia tengah. Pembunuhan ini terjadi kerana clitus memaksa alexander merayakan pemujaan kepada Dionysus (bacchus), iaitu dewa anggur ataupun dewa mabuk bangsa pagan yunani. Ini menaikkan kemarahan alexander, lantas biliau membunuh clitus.

No comments:

Post a Comment